Wednesday, 20 July 2016

PLAT SUDUT


PLAT SUDUT
  • Diperbuat daripada besi tuang yang keras.
  • Berbentuk L dari sudut 90 darjah dan permukaan yang rata.

Digunakan untuk;
  • Menyokong benda kerja semasa kerja menanda.
  • Memastikan benda kerja dalam keadaan tetap semasa kerja menanda.

Sunday, 17 July 2016

Jangka Tolok

JANGKA TOLOK

Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di  keraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan ianya dilaraskan dengan mudah 
Kegunaan Jangka tolok

i.          membuat lengkok dan bulatan

ii        mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok

i.         Jangka tolok bercantum pegas

Jangka tolok ini  lazim digunakan

JANGKA TOLOK SUKU  BULAT

Jangka tolok ini lebih tegap. Digunakan untuk kerja-kerja kepingan logam (Raj.2.10)









Jangka Tolok Suku Bulat

JANGKA TOLOK BERGABUNG

Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada  bahagian hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya 


Jangka tolok bergabung

 Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah tumpul 

 
Menajamkan mata jangka tolok

SESIKU L


Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata.

Penebuk Pusat


i.          Penebuk pusat biasa



ii.  Penebuk pusat automatik

MATA PAHAT



PENERANGAN:

                Pahat ialah sejenis alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Ia mesti digunakan bersama tukul biasa atau tukul pneumatik. Pahat diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan pada bahagian matanya, ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu.

JENIS-JENIS PAHAT

Terdapat pelbagai jenis pahat yang selalu digunakan dibengkel.  Diantaranya termasuklah pahat :

a)      Pahat rata.   b)  Pahat rata lintang.   c)  Pahat separuh bulat.  d)  Pahat bentuk potongan intan.

a)      Pahat Rata

Mata pahat rata berbentuk lebar dan nipis.  Pahat jenis ini digunakan bagi menarah bendakerja atau memotong logam.

a)      Pahat Rata Lintang

     Bentuk mata pahat jenis ini tirus dan kecil dibahagian hujungnya.  Pahat jenis ini    digunakan bagi memotong lurah, alur atau memahat tatal yang tebal sebelum pahat rata digunakan

a)      Pahat Separuh Bulat

Bentuk mata pahat ini adalah jenis separuh bulat seperti bentuk kuku kita.  Pahat ini digunakan bagi membersihkan lubang, sudut yang cembung dan menebuk alur berbentuk separuh bulat.

a)      Pahat Bentuk Potongan Intan

Mata pahat jenis ini menyerupai intan, tetapi bahagian hujungnya tirus.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MEMAHAT.

a)      Pastikan pahat yang digunakan bersesuaian dengan jenis kerja yang dilakukan.
b)      Pastikan kepala pahat tidak berbentuk cendawan.
c)      Pastikan mata pemotong pahat tajam.
d)     Pastikan berat tukul bersesuaian dengan bendakerja.
e)      Pastikan mata tukul dan kepala pahat tidak berminyak.
f)       Pastikan bendakerja yang dikapit dengan ragum benar-benar kukuh.
g)      Pastikan tukul dipegang dengan betul.
h)      Pastikan mata tertumpu pada mata pahat sewaktu memahat.
i)        Pastikan pelindung mata digunakan.
j)    Pastikan pahat dipegang dengan cara yang betul sewaktu memahat.

CARA MENAJAMKAN MATA PAHAT

Mata pahat yang sering digunakan akan menjadi tumpul.  Mata ini boleh ditajamkan semula dengan menggunakan mesin canai.
Sewaktu mengasah mata pahat, pastikan pahat itu tidak ditekan terlalu kuat atau terlalu lama pada roda mesin pencanai.  Setelah dicanai, mata pahat hendaklah dicelup kedalam minyak penyejuk bagi tujuan penyejukkan.  Proses penyejukkan ini dilakukan bagi mengelakkan mata pahat kehilangan bajaannya.